MEDIA & EVENTS

TNB REMACO raih anugerah Frost & Sullivan - 21 April 2016

TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd. (TNB REMACO), cabang baik pulih dan penyelenggaraan Tenaga Nasional Bhd (TNB), memenangi Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan buat kali ke lima berturut-turut.


           Syarikat itu dianugerah Penyedia Perkhidmatan Jana Kuasa Tahunan Terbaik oleh Frost & Sullivan dalam perakuan kepada jenama kukuhnya, peneraju pasaran dan portfolio perkhidmatan yang sentiasa berkembang.


          TNB REMACO, yang meraih pendapatan RM1billion tahun lalu, turut beroperasi di Pakistan, Kuwait dan Arab Saudi dan sudah menyiapkan kerja di Vietnam, Singapura, Brunei, Indonesia, Myanmar, Chile dan Argentina.


          Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan mengiktiraf syarikat bagi keunggulan penerajuan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan dan pembangunan produk strategik.


         Anugerah disampaikan kepada Pengarah Urusan TNB REMACO, Anuar Yusoff, oleh Pengarah Urusan Frost & Sullivan Malaysia, Hazmi Yusof.


Source: Berita Harian