MEDIA & EVENTS

Menang Anugerah Lima tahun berturut-turut – 19 April 2016

Cabang penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd. (TNB REMACO) memenangi Anugerah Penyedia Perkhidmatan Jana Kuasa Tahun ini oleh Frost & Sullivan bagi lima tahun berturut-turut.


            Anugerah berkenaan diberikan atas jenama yang kukuh, legasi peneraju pasaran dan portfolio perkhidmatan yang sentiasa berubah. Ia disampaikan oleh Pengarah Urusan.Frost & Sullivan Malaysia, Hazmi Yusof kepada Pengarah Urusan TNB REMACO, Anuar Yusoff.


          TNB REMACO merentasi pasaran Malaysia dengan kehadiran di Pakistan, Kuwait dan Arab Saudi. Syarikat itu juga pernah menjalankan perkhidmatan di Vietnam, Indonesia, Myanmar, Chile dan Argentina.


Source: Harian Metro